Lelaki parah ditetak dua individu bertopeng bersenjata parang

Dari Penulis

Seorang lelaki mengalami kecedaraan parah selepas ditetak beberapa kali oleh dua lelaki bertopeng dalam kejadian di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh, malam semalam.

Video dan gambar penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1558

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 10.30 malam.

“Kejadian berlaku ketika mangsa yang berumur 55 tahun bersama seorang rakannya berada di sebuah kedai kopi.

“Dua individu bertopeng bersenjatakan pedang kemudian datang menyerang serta menetak mangsa beberapa kali di bahagian badan dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal berkata kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta dipercayai Proton Saga, warna kelabu yang dipandu oleh suspek ketiga.

Beliau berkata mangsa telah dihantar menerima rawatan awal di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan kini telah dirujuk kepada pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana dilaporkan mengalami kecederaan yang serius.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih belum dikenal pasti,” katanya.

— BERNAMA

Wednesday, 08 November 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This