Syed Saddiq umum lepaskan jawatan Presiden MUDA serta merta

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan untuk mengosongkan jawatan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta merta.

Menurut Syed Saddiq, langkah itu dilakukan sementara beliau berusaha membersihkan reputasinya setelah dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman bersalah terhadap empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Pemuda Bersatu (Armada) berjumlah RM1.12 juta.

“Selepas dibincangkan bersama, kami telah buat keputusan untuk saya mengosongkan jawatan Presiden sementara saya membersihkan nama saya melalui cara mahkamah.

“Jawatan Presiden ini akan dipangku oleh Timbalan Presiden, Amira Aisyah. Sebaik sahaja mesyuarat tadi berakhir, saya tidak akan melibatkan diri dan dilibatkan dalam mana-mana keputusan parti MUDA dan berkait rapat dengan masa depan parti MUDA.

Baca juga: Kronologi kes Syed Saddiq berhubung dana Armada

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat tergempar bersama kepimpinan parti itu pada jam 4 petang tadi.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau akan terus memberikan sokongan kepada MUDA sebagai ahli biasa dan akan terus bekerjasama dengan ahli-ahli lain bagi menggapai impian parti membina negara bermaruah serta berintegriti.

Beliau menegaskan, langkah melepaskan jawatan itu juga dilakukan selaras dengan prinsip parti iaitu seorang ahli politik mestilah bersih daripada mana-mana salah laku dan jenayah.

“MUDA ini lebih besar daripada saya. Sepatutnya tiada masalah untuk saya pangku jawatan ini (Presiden) tapi saya mesti buat apa yang saya cakap. Ini soal prinsip. Apabila saya menyertai politik, saya nak bersihkan politik di tanah air ini.

“Tetapi apabila ada kes dan keputusan dibuat oleh mahkamah, walaupun ada dua lagi rayuan boleh dibuat, saya perlu meletakkan pemegang taruh lebih tinggi daripada saya demi politik tanah air kita,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This