Penghantaran kedua bantuan kemanusiaan untuk Palestin berlepas hari ini

Dari Penulis

PENGHANTARAN kedua barangan keperluan utama bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza dijadual berlepas hari ini (Jumaat) melalui penerbangan kargo sewaan khas. 

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan penghantaran itu melibatkan muatan sebanyak 16 tan barangan keperluan perubatan dan barangan bayi serta makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.

Ops Ihsan merupakan kolaborasi unik merentasi agensi Kerajaan bersama lebih daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan bertujuan memastikan gerak atur proses bantuan lebih tersusun dan efektif di bawah seliaan kementerian. 

“Kementerian ingin menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyalurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin melalui Akaun Amanah Kebajikan Rakyat Palestin (AAKRP),” menurut kenyataan itu. 

 Sumbangan tunai boleh terus disalurkan dengan mengimbas Kod QR akaun AAKRP.

Untuk urusan pengeluaran resit, butiran penyumbang boleh diisi melalui pautan https://shorturl.at/begq8.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This