JUARA dunia Francesco Bagnaia dilihat semakin menghampiri kemenangan ketujuhnya musim ini selepas menempah kedudukan di petak utama Kejohanan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.
Pelumba Ducati Lenova Team itu atau juga dikenali sebagai ‘Pecco’ turut mencipta rekod baharu sepusingan, satu minit 57.491 saat (s), dalam pusingan terakhir sesi kelayakan pagi tadi.
Ia sekali gus memadam catatan 1:57.790s yang dilakukan pesaing rapatnya Jorge Martin dari Prima Pramac Racing tahun lepas.
Martin yang terdahulu mengetuai kelompok pelumba terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 1:57.549s manakala rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini turut menyertai barisan hadapan dengan 1:57.590s.
Selain perlumbaan sebenar esok, keputusan hari ini turut menyaksikan semua pelumba meraih kedudukan sama untuk perlumbaan sprint yang akan diadakan petang ini.
Perlumbaan sprint diperkenalkan buat kali pertama dalam kelas premier musim ini yang melibatkan separuh daripada jarak perlumbaan utama.
Ia turut menawarkan mata kejohanan dengan 12 mata kepada pemenang hingga satu mata bagi tempat ke-9, berbanding perlawanan utama yang memberi 25 mata kepada pemenang hingga satu mata bagi pelumba di tempat ke-15.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

