TFC II julang Piala MFL benam JDT II

Dari Penulis

PEMAIN gantian, Muhammad Isa Raman muncul wira Terengganu FC II (TFC II) apabila jaringan tunggalnya mengesahkan status pasukan itu sebagai juara pertama Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023 dengan mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi final malam ini.

Kemenangan itu juga melayakkan TFC II yang dibimbing Hairuddin Omar dinobat sebagai skuad Bawah 23 tahun (B-23) terbaik musim ini.

Gol Muhammad Isa terhasil selepas dia menghukum kesilapan pertahanan JDT II ketika perlawanan berbaki tiga minit dalam permainan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kegagalan Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri menahan bola dengan kemas pada minit ke-87 dimanfaatkan sepenuhnya Muhammad Isa yang melakukan percubaan jauh menewaskan penjaga gol untuk gol kemenangan TFC II.

TFC II turun dengan seorang pemain import, Jordan Mintah untuk membantu serangan manakala JDT II menyenaraikan Shane Lowry dan Oscar Arribas selain kehadiran Endrick dos Santos di bahagian tengah.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam hantaran di Facebook merakamkan tahniah atas kejayaan pasukan TFC II.

“Alhamdulillah, Ganu Nelang.

“Tahniah skuad adik, Terengganu FC II berjaya membawa pulang kejuaraan pertama Piala MFL 2023 ke Bumi Darul Iman,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This