Daniel Ting dipanggil perkuat skuad Harimau Malaya ganti pemain TFC

Dari Penulis

PERTAHANAN kiri Sabah FC, Daniel Ting yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia, dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan, hari ini.

Perkara itu diumumkan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kim Pan Gon menerusi satu kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata Daniel menggantikan Azam Azmi Murad dari Terengganu FC (TFC) yang terpaksa dilepaskan, semalam selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kebimbangan kecederaan pada lututnya.

“Dengan ketiadaan Azam, posisi pertahanan kanan akan diisi oleh Matthew Davies dan Syahmi Safari yang mana Syahmi sebelum ini dipersiapkan untuk bersama-sama La’Vere Corbin-Ong di posisi pertahanan kiri.

“Semoga Azam cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata Pan Gon.

Daniel akan menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 16 November di Stadium Nasional, Bukit Jalil manakala Chinese Taipei pada 21 November, 2023 di Taipei City.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This