DUA lelaki ditahan selepas bertindak melontar mercun ke arah anggota polis di kawasan perumahan Lembah Subang, Kelana Jaya, 4.35 pagi semalam.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1613
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam memaklumkan terdapat sekumpulan lelaki bermain mercun sehingga menganggu ketenteraman awam.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati kira-kira 50 penduduk telah berkumpul menunjuk perasaan takut dan marah akibat bunyi mercun yang berterusan.
“Anggota dan kenderaan polis yang berada di lokasi kejadian turut terkena lontaran mercun suspek.
“Hasil maklumat orang awam, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang dipercayai terlibat dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, semakan mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.
Sementara suspek kedua mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod dadah.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan direman selama dua hari.
Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

