Pusat panggilan judi: Polis Sarawak tahan 26 warga asing

Dari Penulis

POLIS menahan 26 warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pusat panggilan perjudian dalam talian, menerusi tiga serbuan di sekitar Bandar Raya Kuching, minggu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mereka yang ditahan itu 23 orang lelaki dan tiga orang wanita dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Lorong Dogan 3 di sini pada 7 Nov lalu, seramai sembilan individu telah ditahan serta pelbagai peralatan seperti komputer telah dirampas.

“Dalam serbuan kedua dan ketiga di sebuah kondominium di Jalan Sunny Hill Garden pada 8 Nov lalu pula, seramai 17 individu telah ditahan,” katanya.

Baca juga: Dua lelaki main mercun tak ingat dunia dalam kawasan flat ditahan polis

“Mereka yang ditahan merupakan operator pengendali perjudian tersebut dengan gaji sebanyak RM1,200 hingga RM1,600 sebulan. Siasatan mendapati pusat perjudian tersebut telah beroperasi selama satu tahun tiga bulan, berdasarkan rekod transaksi.

“Jumlah keuntungan kasar bagi sindiket tersebut mencecah RM240,000 sebulan dan pemilik sebenar premis sedang dikesan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Mancha berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan semua yang ditahan, direman di bawah Akta Imigresen selama 14 hari.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This