Tiada anggota polis di IPD Sepang dikesan buat komen jelik terhadap PM

Dari Penulis

POLIS hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun X yang mengatakan terdapat anggota polis di Sepang telah mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosial itu.

Ia susulan hantaran seorang pemilik akaun X yang memaparkan dakwaan tentang seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah melontarkan komen jelik terhadap Perdana Menteri.

Baca artikel lain: Negara Islam pengeluar minyak digesa henti jual kepada Israel dan penyokong – Tun M

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata semakan sistem I-prs melalui nombor telefon yang tular dan di cawangan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), Bukit Aman mengesahkan individu berkenaan bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak polis IPD Sepang dengan tegas menafikan bahawa posting yang ditularkan dan dikaitkan dengan kes melontar komen jelik terhadap Perdana Menteri adalah dikeluarkan oleh anggota IPD Sepang adalah tidak benar,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This