SERAMAI 128 pemain amatur dari dalam dan luar negara akan menunjukkan kemahiran masing-masing dalam kejohanan golf Selangor Amateur Open (SAO) ke-48 yang akan di Kelab Golf Negara Subang (KGNS), bermula 28 hingga 30 November ini.
Dalam pertandingan kali ini, antara peserta luar negara yang akan menyertai SAO ke-48 termasuk 11 dari Singapura, seorang dari United Kingdom, dua dari indonesia termasuk juara bertahan dan dua dari Korea Selatan.
Manakala selebihnya dari Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, manakala pemain termuda akan bersaing merupakan remaja lelaki berusia 14 tahun.
Manakala Trofi DYMM Tuanku Ampuan Najihah binti Almarhum Tuanku Besar Burhananuddin akan menjadi rebutan kategori wanita.
Apa yang menarik dalam kejohanan kali ini ialah sebanyak lima hadiah ‘pukulan selubang’ ditawarkan kepada pemain yang antara lain menawarkan hadiah sebuah kereta, sebuah apartmen, jam dan pakej percutian.
Presiden Persatuan Golf Negeri Selangor, S. Kuldip Seine berkata, SAO ke-48 menawarkan keistimewaannya tersendiri apabila sebanyak lima hadiah ‘pukulan selubang’ ditawarkan dalam satu-satu kejohanan.
“Kami bersyukur dengan kehadiran lebih 40 penaja untuk edisi kali ini terutamanya daripada Bermaz Auto Berhad dengan Peugeot sebagai penaja utama.
“Peugeot menawarkan hadiah kereta Peugeot 3008 sebagai antara hadiah hole-in-one selain sebuah unit aparment di Cove Residence@Melaka yang ditaja oleh KEB Group.
“Tiga lagi hadiah lain termasuk set golf tajaan EZ Sports & Wellness, dua pakej percutian lima hari empat malam di Vietnam ditaja oleh JG Golf Vietnam dan dua jam tangan jenama Titoni yang ditaja oleh Kapten KGNS, Ronnie Yeo,” katanya dalam sidang akhbar di KGNS, semalam.
Pertandingan ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila kembali ke KGNS selepas 17 tahun kejohanan itu diadakan di negara ini dengan kali terakhir kejohanan berprestij itu diadakan di padang golf tersebut adalah pada 2006 yang menyaksikan pemain tempatan, Ainil Johani merangkul gelaran juara pada edisi tersebut.
Menurut S. Kuldip, pihaknya berbangga kerana ini juga julung kalinya SAO menerima sokongan penuh dan tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Kita juga menerima sokongan daipada Kerajaan Negeri Selangor menerusi EXCO Sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor, Perbadanan Padang Golf Subang, Persatuan Golf Malaysia dan SportXcell.
“Pertandingan ini juga tidak akan terkalsanan tanpa sokongan dunia korporat. Kami amat teruja kerana lebih 40 penaja korporat tampil memberi sokongan dalam pelbagai bentuk tajaan,” jelasnya.
SAO bukan kejohanan asing dalam kalangan pemain golf tempatan kerana pertandingan ini menjadi medan awal untuk pemain elit amatur menempa nama sebelum bergelar pemain profesional.
Antara nama besar yang pernah mencipta nama menerusi kejohanan ini termasuk Danny Chia, R. Nachimuthu, Galven Green, Muhd Afif Razif, Kenneth Cristian De Silva, Kelly Tan, Ainil Johani, Michelle Koh, Liyana Durisic dan Winnie Ng.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

