Mimi Lana bida lukisan Ustazah Asni Mansor, hasil jualan bernilai RM3,600 disumbangkan kepada rakyat Palestin

Dari Penulis

PELAKON Mimi Lana berjaya membida sebuah lukisan dengan harga RM 3,600 untuk disalurkan kepada Palestin sebagai tanda solidariti kepada bumi bergolak itu.

Bidaan lukisan itu pada awalnya dibuka dengan harga RM3,000. Menurut Ustazah Asni, semua wang yang diperolehi melalui Lelongan di majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad pada malam Selasa akan disalurkan ke Tabung Cinta Gaza.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dalam satu hantaran di Instagram berkata penganjuran majlis agama itu membenarkan mereka untuk berkongsi ilmu dan penyertaan membuatkan ia satu pengalaman yang cukup indah.

“Terima kasih Betty Rahmad kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestin.

“Majlis semalam (Selasa) disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor.

“la merupakan majlis perkongsian yang indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah,” katanya pada Rabu.

Selain Mimi, selebriti lain yang turut hadir ialah Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Sebelum ini, Mimi merupakan selebriti yang cukup lantang bersuara berkenaan isu Palestin dan Israel ini.

Selain dari banyak membuat hantaran di media sosialnya, Mimi turut menghadiri Perhimpunan Malaysia Solidariti bersama Palestin yang diadakan pada 24 Oktober lalu bagi menunjukkan tanda sokongan dan solidariti terhadap Palestin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This