Simpan ‘rahsia’ berhenti sekolah selama 13 tahun, Aedy Ashraf tak mahu jadi contoh kepada pengikut muda

Dari Penulis

PELAKON Aedy Ashraf menyimpan ‘rahsia’ berhenti sekolah dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mahu memberikan pengaruh negatif kepada pengikut mudanya.

Menurut Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata pengakuan ini dibuat selepas 13 tahun kerana tidak mahu memberi contoh yang tidak baik dengan menunjukkan pendidikan itu tidak penting.

“Saya simpan perkara ini 13 tahun sebab saya tak nak pengikut saya yang muda-muda ini mengikut jejak saya.

“Saya tak pernah cakap belajar tak penting, pelajaran sangat penting untuk semua orang tapi saya juga tekankan kerja keras juga penting.

“Saya cuma tidak bernasib baik dilahirkan di dalam keluarga yang mempunyai ‘privilege’ untuk dapatkan pendidikan itu. Tapi jika adik-adik kat luar saya ada masa, rezeki dan peluang untuk sambung belajar silalah berbuat demikian,” ujarnya ketika ditemui oleh URTV ketika sidang media filem War On Terror: KL Anarki di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, pelakon itu turut berkongsi dia ada memohon dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang filem di New York Film Academy (NYFA) pada dua tahun lalu namun tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada ada apply untuk sambung belajar bidang ‘Film Making’ di NYFA tapi tiada rezeki sebab tertangguh kerana PKP. Tapi sekarang saya ada ambil beberapa kelas atas talian sahaja,” katanya.

Lawan takut tinggi untuk watak Khalid

Selepas 13 tahun di dalam industri seni tanah air, filem War On Terror: KL Anarki telah memberikan peluang kepada Aedy Asyraf untuk membawa karakter penuh aksi dan mencabar dirinya.

Menurut Aedy, dia seorang yang mempunyai ketakutan terhadapan ketinggian namun demi karakter Khalid dia sanggup mengatasi ketakutannya itu ketika membuat babak melompat dari tingkat 13 sebuah rumah flat.

“Saya kena melompat dari tingkat 13 ke bawah, dan tiada safety net disediakan tapi saya sudah praktis beberapa kali dan sudah tentu saya percaya dengan kepakaran Stunt Coordinator yang ada.

“Saya sebenarnya takut tinggi dan gayat, bila sampai di set saya tak tengok bawah langsung bila dah abis shoot baru saya tengok,” ujarnya.

Menurut Aedy, ini merupakan filem ketiga dia memainkan watak utama selepas Tentang Bulan (2006) dan Dorm Melati (2017). Meskipun tidak pernah melebalkan dirinya sebagai pelakon aksi namun ini adalah salah satu watak idamannya.

“Saya rasa saya bukan hero pelakon aksi, saya tak pernah letak label pada diri saya. Saya cuma nak jadi versatile tapi saya sudah lama nak berlakon filem aksi begini.

“Saya menjadikan watak Chris Hemsworth dalam filem ‘Extraction’ sebagai reference dan berharap dapat menyampai watak Khalid ini sebaik mungkin,” katanya.

Filem arahan bersama Kroll Azry dan Frank See ini turut dibintangi Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha, Qi Razali, Naque Ariffin dan Noki K-Clique. Filem padat dengan aksi dan debaran ini bakal ditayangkan di pawagam pada 23 November ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This