HANYA tiga daripada empat ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah memohon untuk menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat.
Perkara tersebut dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul seperti dilaporkan Malaysiakini.
Tiga ahli Parlimen yang dilaporkan telah meminta untuk bertukar tempat duduk adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Seorang lagi iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang telah ‘beralih’ sokongan kepada Perdana Menteri belum membuat permohonan tersebut.
“Mereka (tiga ahli Parlimen) minta pindah. Seorang lagi belum mohon,” kata Johari.
Baca artikel berkaitan: ‘Lebih baik tukar tempat ke luar Dewan’ – Dr Akmal
Sebelum ini, Mohd Azizi; Suhaili dan Zahari dilaporkan telah bertukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat.
Bagaimanapun mereka masih berada di dalam tempat blok pembangkang tetapi duduk berasingan daripada Ahli Parlimen yang lain.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah pun menggantung keahlian Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing selama empat dan enam tahun.
Keputusan parti itu terhadap dua lagi ahli Parlimen iaitu Mohd Azizi dan Zahari akan diketahui setelah mesyuarat Lembaga Disiplin Bersatu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

