Harimau Malaya bangkit tewaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam perlawanan penuh dramatik

Dari Penulis

PERLAWANAN kelayakan Piala Dunia dalam Kumpulan D menyaksikan situasi penuh dramatik apabila Malaysia berjaya menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini walaupun pada suatu ketika ketinggalan dengan dua jaringan.

Jaringan kemenangan Faisal Halim di masa tambahan menyebabkan rakyat Malaysia bersama-sama menjerit kegembiraan sama ada yang berada di stadium atau menontonnya di kaca televisyen.

Pemain pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools berjaya menjaringkan dua gol malam ini dengan gol pertama dicatatkan seawal minit ke-7 melalui tandukan selepas menerima hantaran cantik daripada Arif Aiman yang melakukan sepakan sudut.

Pasukan bimbingan Kim Pan Gon kemudiannya menyajikan aksi yang agak berhati-hati dan akhirnya mereka dikejutkan oleh gol penyamaan pasukan lawan pada minit ke-42 melalui pemain pertahanan Kyrgyzstan, Kayrat Zhyrgalbek yang melakukan rembatan deras menewaskan Syihan Hazmi.

Selang dua minit selepas itu, pasukan Malaysia sekali lagi dihukum dengan gol kedua melalui jaringan penyerang Kyrgyzstan, Batyrkanov Ernist.

Kesilapan barisan pertahanan pasukan negara seterusnya menyebabkan pasukan Kyrgyzstan mampu menggandakan jaringan ketiga mereka melalui pemain gantian, Merk Kai pada minit ke-57 dan menyebakan Malaysia ketinggalan 1-3 ketika itu.

Walaupun kelihatan seperti tiada harapan untuk memenangi perlawanan malam ini tetapi semangat juang para pemain dan strategi Kim Pan Gon yang melakukan tiga pertukaran serentak dengan memasukkan Paulo Josue, Akhyar Rashid dan Endrick Dos Santos akhirnya membuahkan hasil.

Pemain yang menjadi antara penyumbang terbesar kepada jaringan-jaringan malam ini iaitu Arif Aiman kemudiannya membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengelirukan pemain lawan dengan gelecekan cantik dan seterusnya membuat tendangan ke pintu gol dan menyebabkan pemain Kyrgystan melakukan gol sendiri pada minit ke-72.

Tidak cukup dengan gol tersebut, Malaysia terus mengasak dan berjaya merapatkan kedudukan apabila memperoleh jaringan penyamaan melalui tandukan Dion Cools pada minit ke-77 yang sekali lagi menerima hantaran cantik hasil sepakan sudut daripada Arif Aiman.

Arif seterusnya memainkan peranan pentingnya apabila membuat lorongan cantik kepada Faisal Halim untuk menjaringkan gol yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia pada minit ke-93 permainan di waktu masa tambahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This