KEMENTERIAN Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Indonesia menyambut baik usaha USANITA Sdn. Bhd. bagi kerjasama dalam bidang keusahawanan termasuk program ‘Bridge to Brilliance’.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Hasan selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Indonesia, Teten Masduki di Jakarta, semalam.
Menurut Adzliana, pertemuan hampir satu jam itu tertumpu kepada perbincangan bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata, Teten telah mendengar penerangan dan menyambut baik konsep program ‘Bridge to Brilliance yang telah dibentangkan.
“Beliau melihat pelaksanaan program ini merupakan satu bentuk kerjasama yang baik memandangkan Indonesia juga sangat giat membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negaranya.
“Program ini merupakan satu usaha untuk menghubungkan usahawan kecil dan menengah (UKM) di Indonesia dan PKS di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Usanita anjur ‘Bridge to Brilliance’ pupuk kerjasama usahawan Malaysia, Indonesia
Mengulas lanjut, Adzliana berkata, usahawan daripada kedua-dua negara akan bersama-sama berkongsi idea digital, pengurusan masyarakat tanpa tunai (cashless) serta peluasan pasaran dalam program padanan ini.
Katanya, kelebihan Indonesia adalah mereka mempunyai kekayaan sumber alam serta populasi rakyat yang besar.
“Saya dan Teten berkongsi hasrat yang sama. Kami ingin melihat Malaysia dan Indonesia berganding bahu dalam membangunkan sosio ekonomi masyarakat antara dua negara di rantau ASEAN ini.
“Pertemuan ini telah mencapai matlamat USANITA untuk menjalinkan kerjasama dengan Indonesia dalam membangunkan usahawan di kedua-dua negara,” katanya.
Tambahnya, USANITA telah dijemput untuk hadir pada Program Rasmi Usahawan Indonesia pada 28 November ini yang akan melibatkan lebih 120 pemain industri pemula.
Berdasarkan Global Entrepreneurship Monitor, jumlah usahawan wanita di Indonesia mencapai 14 peratus daripada populasi Indonesia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

