Aina Abdul ambil risiko bahayakan nyawa sendiri untuk sarungkan gaun biru unik – “Dalam baju penuh wayar…”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DEMI Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA3.0) penyanyi Aina Abdul sanggup membelanjakan sekitar RM400,000 untuk lima persalinan yang dipakai ketika membuat persembahan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Malah, seramai 40 kru ditugaskan untuk menyiapkan Aina dengan masa hanya empat minit.

“Pakaian yang paling mendapat tumpuan ialah gaun yang berwarna biru kerana ia direka boleh mengeluarkan asap dan kuntuman bunga yang berpusing-pusing.

“Baju tersebut hasil rekaan Zaimi Zulkafli. Saya sukakan idea Zaimi kerana dia menggabungkan elemen sains dan fesyen dalam berkarya…saya lihat ia sangat inovatif.

“Baju tersebut turut ada jurutera yang mengawal asap dan pergerakan bunga melalui komputer riba. Mereka duduk di pentas ketika saya membuat persembahan dan mereka menggunakan alat kawalan jauh untuk menghasilkan magis dari gaun tersebut.

“Secara teknikalnya kos gaun biru tersebut berharga RM35,000. Syukur Alhamdulillah pada malam konsert, kepulan asap tersebut keluar sebab sehari sebelum konsert (sound check) baju tersebut tidak mengeluarkan asap sehingga membuatkan saya dan pasukan agak risau,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada sidang media  usai konsert ANWAA3.0 tamat.

Tambah Aina, gaun tersebut penuh dengan wayar yang berselirat di dalam baju tersebut.

“Saya ambil risiko dan nyawa saya dalam bahaya kerana dalam baju tersebut banyak wayar.

“Saya tak dapat nak bayangkan sekiranya berlaku masalah teknikal dan terkena renjatan  elektrik.

“Apa-apa pun saya sukakan baju unik itu kerana ia merupakan idea penata gaya saya iaitu Abu Shaef Hamza.

“Setiap busana yang saya pakai pada malam konsert itu ada jalan cerita tersendiri. Saya bersyukur ke semuanya dapat direalisasikan dengan baik,” ujarnya.

Konsert ANWAA 3.0 itu merupakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) yang secara keseluruhannya menelan bajet RM1.8 juta.

Konsert tersebut dihadiri hampir 10,000 penonton dan 98 peratus tiket habis dijual.

Sepanjang hampir tiga jam konsert berlangsung, Aina menyampaikan 34 buah lagu antaranya Terus Hidup, Sumpah, Semalam, Sepi, Puas Sudah, Nada Kalbu dan banyak lagi.

Aina turut mengundang rasa sebak penonton yang menyaksikan gemersik suaranya menerusi lagu Atouna El Toufoule yang ditujukan kepada rakyat Palestin.

Kata Aina, rakyat Malaysia perlu terus memperkatakan isu dunia tersebut kerana ia melibatkan nyawa penduduk Gaza yang tidak berdosa dan menjadi mangsa peperangan rejim Zionis Israel.

Tambah Aina, sebahagian hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Palestin.

Malah menerusi segmen duet, Aina turut mengundang Khai Bahar dan berpadu suara menerusi lagu Nafas Cinta.

Aina juga menjemput penyanyi Lah Ahmad dan menyanyikan single duet mereka berjudul Tunggu Kamu yang dimuatkan dalam album Lah.

Menerusi segmen ketiga, Aina bersama penyanyi Haziq Rosebi mendendangkan lagu Lemak Manis dan Joget Cinta Sakti.

Konsert ANWAA3.0 itu merupakan kesinambungan dari konsert ANWAA 1.0 dan ANWAA2.0 yang pernah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiket bermula RM150, siri konsert SPOTLIGHT KLCC janjikan pengalaman intim bertaraf premium

LANDSKAP hiburan tempatan bakal menyaksikan satu penanda aras baharu apabila pentas berprestij Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)...

More Articles Like This