Jantung semakin lemah, Ebby Yus jalani pemeriksaan terakhir sebelum masukkan bateri

Dari Penulis

PELAKON Ebby Yus memaklumkan akan melakukan pemeriksaan untuk jantungnya sebelum meneruskan dengan pembedahan memasukkan bateri untuk menyokong jantungnya yang semakin lemah. 

Memetik laporan dari Harian Metro, Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid,58, berkata, ujian dilakukan doktor untuk memastikan keadaan jantungnya terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan pembedahan itu.

“Bulan depan, saya akan jalani pemeriksaan terakhir. Itulah yang dimaklumkan oleh doktor kepada saya. 

“Mereka ingin memastikan terlebih dahulu keadaan jantung saya sebelum teruskan dengan pembedahan memasukkan bateri itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ebby juga tidak menafikan keadaan jantungnya kini sedikit sebanyak turut menjejaskan aktiviti hariannya.

“Sekarang, keadaan jantung saya agak lemah. Kalau bergerak dengan laju atau melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga, memang saya sendiri dapat rasakan kesannya. 

“Selain itu, cuaca sejuk pun akan memberi kesan juga kepada jantung saya. Satu lagi, kalau terlalu tertekan pun akan memberi kesan juga.

“Misal kata saya perlu menjalani penggambaran di luar (outdoor) yang memerlukan saya untuk bergerak secara agresif, memang ada kesannya,” jelasnya.

Selain jantung, Ebby turut akan menjalani pembedahan untuk masalah matanya pada Selasa. 

“Selain itu, pada hari Selasa nanti, saya akan menjalani pembedahan membuang katarak dan selaput pada bahagian mata. 

“Untuk mata pula, saya akan jadi pening dan berpinar kalau 

matahari terlalu kuat,” tambahnya. 

Terkini, Ebby sedang berehat dari penggambaran dan memberi tumpuan kepada keadaan kesihatannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This