Keadaan Nora Ariffin kembali stabil, dibenarkan pulang selepas masalah sesak nafas

Dari Penulis

PENYANYI Datuk Nora Ariffin kini dilaporkan stabil selepas dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor, susulan sesak nafas. 

Difahamkan Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50,  menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut di pusat perubahan itu selama 10 hari dan dibenarkan pulang Ahad lalu.

Menerusi hantaran Instagram miliknya, Nora yang sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari, memaklumkan dibenarkan untuk pulang ke rumah semalam.

Menurut pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu, nikmat kesihatan yang masih dikurniakan Allah ibarat peluang kedua buat dirinya.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakan, bertanya khabar, datang ziarah dan membuat solat hajat. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat dan semua yang menjaga saya sepanjang di hospital.

“Saya tak sabar mahu kembali bekerja seperti biasa,” ujarnya.

Terdahulu suami Nora, Dr Rushdi Ramli memberitahu penyanyi berkenaan dimasukkan ke ICU dan memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This