Hujan turun tidak terkurang atau terlebih  

Dari Penulis

“Dan (Dialah) yang menurunkan hujan dari langit menurut sukatan yang tertentu, lalu kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).” Surah Az-Zukhruf: 11.

Dr. Zaghlul Al-Najjar, Pakar Geologi Mesir yang menjalankan kajian keajaiban sains di dalam al-Quran dan hadis, kajian beliau membuktikan, kandungan air di permukaan bumi selalunya tetap dan sesuai dengan keperluan bumi.

Keseluruhan air memeluwap ke lapisan atmosfera bumi setiap tahun adalah dalam jumlah yang tetap. Begitu juga jumlah hujan yang turun juga sama, adapun yang berbeza hanyalah kandungan turunnya di sesuatu tempat dengan tempat lain bersesuaian dengan kehendak Allah.

Secara purata curahan hujan di muka bumi adalah mencapai 85.7cm pada setahun. Dan, taburannya pula adalah sekata dan bersesuaian dengan tempat iaitu 0 cm padu di kawasan  padang pasir hingga 11.45 cm padu di kepulauan Hawaii setiap tahun.

Fakta juga menemukan antaranya:

Kandungan air di permukaan bumi adalah 1.360 juta km padu. Sebahagian besarnya (97.20 %) adalah air masin yang terdapat di laut, 2.80 peratus air tawar di dalam bentuk ais, cecair dan gas. Yang mana 2.15 peratus daripada jumlah keseluruhan air tawar masih tersimpan di dalam bentuk air batu glasier di kutub utara dan selatan juga puncak gunung.

Baca artikel baerkaitan: Walaupun turun membawa bencana ia tetap dianggap rahmat

Manakala 0.65 peratus lagi simpanan air bumi adalah terpendam di dalam kerak bumi. Kemudian air itu akan dikeluarkan daripada simpanan di dalam bentuk lembapan pada tanah, wap air dan seterusnya dialirkan ke sungai.

Air melitupi 71 peratus kawasan permukaan bumi yang dianggarkan berkeluasan 510 juta kilometer persegi. Ini bermakna permukaan bumi yang dilitupi air adalah seluas 361 juta kilometer persegi. Manakala jumlah daratannya hanya 149 juta  kilometer persegi saja.

Berdasarkan fakta itu, purata wap air yang memeluwap daripada permukaan laut adalah di dalam 320.000 kilometer padu setiap tahun. Sementara wap air yang memeluwap dari daratan hanya 60.000 kilometer padu saja.

Setelah dicampurkan kedua-dua jumlah itu didapati kitaran air antara bumi dan atmosfera adalah 380.000 kilometer padu setiap tahun. Kebanyakan pemeluwapan air itu berlaku di kawasan khatulistiwa yang purata suhunya adalah 25 darjah celsius.

Apabila turun semula ke bumi, ia telah ditentukan oleh Allah taburannya. Air hujan yang turun di daratan lembap lebih banyak 96.000 kilometer padu berbanding pemeluwapan wap air yang iaitu 60.000 kilometer padu.

Sementara itu hujan yang turun ke laut lebih rendah iaitu 284.000 kilometer padu berbanding pemeluwapan yang berlaku iaitu 320.000 kilometer padu.

Akhirnya, perbezaan antara kedua-dua angka itu adalah sama iaitu jumlah hujan yang turun dan wap yang terpeluwap dari bumi. Jumlahnya adalah 36.000 kilometer padu air yang mengalir dari daratan masuk ke laut. Begitulah bagaimana Allah S.W.T. menunjukkan kekuasaan Nya untuk kita menjadi insan yang lebih beriman kepada Nya. Wallahu a’lam

_____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitt


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This