Video bekas KP J-KOM: Henti spekulasi, jangan tularkan semula

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi termasuk membuat penularan semula rakaman video didakwa membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan, perbuatan itu boleh mengganggu proses penyiasatan.

Beliau berkata, kes yang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman itu masih di peringkat siasatan.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses penyiasatan termasuk membuat penularan semula rakaman video tersebut.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mohd Shuhaily mengesahkan telah memanggil Mohammad Agus untuk sambungan rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, semalam.

Baca artikel lain: Agus dedahkan identiti ‘Mr H’ kepada polis

Pada masa sama, beliau berkata, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che’gu Bard turut dipanggil untuk merakam percakapan berhubung penularan video perbualan telefon membabitkan dua individu lelaki yang telah tular itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Semalam, Mohammad Agus selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan telah pun mendedahkan identiti ‘Mr H’ kepada pihak polis.

Beliau turut memaklumkan telah membuat satu lagi laporan polis terhadap blogger, Raja Petra Kamaruddin berkaitan penularan laporan yang dibuatnya sebelum ini.

Dalam sidang media di Bandar Baru Bangi, Jumaat lalu, penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendedahkan beliau diarah oleh seorang individu yang digelar ‘Mr H’ untuk menjatuhkan Mohammad Agus sebagai Ketua Pengarah.

Beliau mendakwa, komplot untuk membuat rakaman panggilan video itu dirancang kurang empat hari oleh Mr H dan beberapa individu lain dalam J-KOM.

Ujar Abdul Wahab, Mr H memaklumkan bahawa Mohammad Agus terlibat dengan aktiviti tidak bermoral dan perlu ‘dibersihkan’ daripada J-KOM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This