Jangan terpedaya scammer lesen memandu tak sah – JPJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan atau scammer yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu secara murah dan mudah.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha menegaskan sindiket lesen memandu itu tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sekali gus tidak sah di sisi undang-undang.

Menurut Rospiagos, pihaknya telah mengesan akaun media sosial di laman Facebook, Telegram dan lain-lain berhubung sindiket pengeluaran lesen memandu itu.

Beliau berkata, pemantauan JPJ mendapati bahawa beberapa modus operandi yang digunakan oleh sindiket tersebut menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan menggunakan pelbagai kaedah pujukan.

Katanya, ia termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian serta boleh didapati dalam tempoh yang singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

“Dimaklumkan bahawa lesen memandu yang dikeluarkan secara sah hendaklah mengikut tatacara dan prosedur latihan serta ujian memandu kompeten yang ditetapkan.

Baca artikel lain: Patuhi peraturan cermin gelap kenderaan – JPJ

“Dalam hal ini, JPJ ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah sebegini yang menggunakan pelbagai kaedah serta teknikal komunikasi yang berbeza bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rospiagos memaklumkan, JPJ telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam mengesan pemilik akaun media sosial yang menjalankan operasi sindiket penipuan itu.

Rospiagos turut menegaskan bahawa memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333.

Jelasnya, memandu tanpa lesen yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga terdedah dengan risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

“Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan lesen memandu secara sah boleh menghubungi institusi memandu berhampiran yang berdaftar dengan JPJ.

“JPJ menyeru kepada orang ramai untuk memberikan maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket yang cuba menawarkan promosi pengeluaran lesen secara mudah dan murah tetapi tidak mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan seperti mana di media-media sosial.

“Jabatan ini sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya terpelihara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This