Zii Jia terkandas di suku akhir Masters China

Dari Penulis

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kempunan untuk mengakhiri musim ini dengan kejuaraan selepas terkandas di suku akhir Masters China 2023 di Shenzen hari ini. 

Pada aksi berlangsung di arena Gimnasium Teluk Shenzen, pemain di ranking ke-11 dunia itu tumpas mudah 11-21, 12-21 kepada pemain Jepun Kenta Nishimoto dalam aksi 40 minit.

Meskipun tersingkir, Zii Jia berkata beliau berpuas hati dengan teknik pertahanan yang dilakukan selain mengakui perlu menambah baik bahagian serangannya.

“Serangan saya kurang menyengat pada perlawanan hari ini, tapi prestasi saya semakin baik.

“Ini adalah perlawanan terakhir dan saya rasa banyak perkara perlu dilakukan untuk memperbaiki persembahan saya. Saya harap akan lebih konsisten tahun depan,” katanya menerusi rakaman audi dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Untuk rekod musim ini, pemain kelahiran Kedah itu berjaya merangkul satu kejuaraan iaitu Terbuka Artik di Vantaa, Finland selain muncul naib juara Terbuka Denmark, Oktober lepas. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This