Pekema sasar tingkat kenderaan import terpakai kepada 50,000 unit setahun

Dari Penulis

Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan kenderaan import terpakai.

Menurut Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, pihaknya memohon kenaikan  daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun, dengan mengekalkan fi import sebanyak RM10,000 setiap unit.

“Saya amatlah berharap agar MITI dapat meluluskan permohonan  untuk menambahkan kenderaan import terpakai sebanyak 15,000 unit kepada 50,000 unit setahun  agar dapat  memberi ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara kereta.

“Dari segi peratusan jualan ia hanya 6.8% daripada TIV sebanyak 725,000 oleh MAA untuk tahun 2023. Selain daripada itu tidak semua kenderaan ahli PEKEMA dapat dijual pada tahun kemasukan kenderaan tersebut,” jelasnya pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke-42 yang berlangsung di KLCC baru-baru ini.

Tambah Mohamed Nazari, peningkatan kenderaan import akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kenderaan kereta import dan industri hiliran.

Malah, ulasnya lagi langkah tersebut akan dapat menambah penjanaan ekonomi melebihi dua bilion ringgit setiap tahun yang disumbangkan daripada industri kenderaan import. Dasar kerajaan yang memperkenalkan Dasar AP Terbuka telah meningkatkan jumlah pemegang AP daripada 100 syarikat kepada 300 syarikat sehingga kini.

Majlis perasmian mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Datuk Zainuddin Abd Rahman yang telah memimpin PEKEMA lebih dari satu dekad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden PEKEMA.

“Saya telah menjadi Presiden selama 14 tahun dan 19 tahun sebagai Timbalan Presiden, dalam PEKEMA sahaja sudah 38 tahun.

“Sudah cukup untuk saya berkhidmat, dan saya bersara dalam PEKEMA ketika persatuan ini berada di tahap yang baik,” katanya.

Selain penstrukturan kepimpinan, PEKEMA juga telah melantik muka baharu untuk jawatan Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa PEKEMA pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke-42 tahun ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This