JABATAN Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan dikekalkan berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) buat masa ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching memaklumkan, setakat ini Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai perancangan ‘memindahkan’ J-KOM ke Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
Menurut Nie Ching, keputusan meletakkan J-KOM secara terus di bawah JPM telah dibuat sewaktu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulai itu memberitahu, KKD bersedia mengikut arahan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memindahkan semula J-KOM ke kementerian tersebut.
“Keputusan untuk pindahkan J-KOM ke JPM telah dibuat pada tahun 2021.
“Pada masa itu, Pagoh (Muhyiddin) masih merupakan Perdana Menteri dan Indera Mahkota (Datuk Seri Saifuddin Abdullah) merupakan Menteri Komunikasi.
Baca artikel berkaitan: Agus tiada kaitan lagi dengan kerajaan, sudah letak jawatan KP J-KOM – Fahmi
“Saya kurang pasti apa yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada waktu itu tetapi setakat ini keputusan oleh kerajaan adalah JKOM masih kekal di bawah JPM.
“Sekiranya pada masa akan datang Perdana Menteri berhasrat memindahkan semula J-KOM ke KKD, maka kami akan mengikut arahan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanyakan sama ada kerajaan merancang untuk memindahkan J-KOM ke KKD.
Lip Eng berkata, jabatan itu sepatutnya perlu diletakkan di bawah KKD sejajar dengan tugasan J-KOM iaitu berkaitan komunikasi manakala misinya pula bagi memperkukuhkan digital.
Jabatan itu menjadi sebutan sejak kebelakangan ini setelah Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM, 15 November lalu.
Mohammad Agus memaklumkan keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2 Februari lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

