Selangor kaji keperluan sedia pengangkutan pelajar pedalaman

Dari Penulis

SELANGOR bersedia mengkaji keperluan menyediakan pengangkutan kepada pelajar di kawasan pedalaman bagi menangani masalah keciciran.

Exco Pelaburan dan Perdagangan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, Wilayah Ekonomi Baharu dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, kerajaan akan menilai dan melihat keperluan di kawasan tersebut.

“Sekiranya ada permintaan khusus (pengangkutan ke sekolah) untuk sesuatu kawasan, wakil rakyat di kawasan terbabit boleh datang jumpa dengan saya.

“Paling penting kita hendak memastikan pelajar sekolah jangan ponteng disebabkan (tiada pengangkutan disebabkan) faktor jarak ke sekolah dan sebagainya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) di Jalan Kapar Kampung Perepat Kapar, hari ini.

Ditanya adakah kerajaan negeri menyediakan pengangkutan ke sekolah terutama di kawasan pedalaman, Sze Han berkata, setakat ini tiada pengangkutan khusus disediakan di sesebuah kawasan semata-mata mengambil dan menghantar pulang pelajar sekolah.

Baca artikel lain: Wahab belum beri keterangan sebab alami kemurungan melampau

Bagaimanapun, katanya, kerajaan Selangor menyediakan program khas memberi bantuan tambang bas sekolah bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang sebahagian besar dari kawasan ladang.

Beliau memberitahu, terdapat permintaan tinggi pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Petaling Jaya.

“Kalau kita tengok Bas Smart Selangor khususnya di laluan PJ01 melalui Taman Medan dan Kampung Dato Harun kebanyakan pelajar sekolah daripada keluarga B-40,” tambah beliau.

Menurut beliau, penggunaan bas itu dalam kalangan penduduk tinggi berikutan terdapat banyak sekolah di laluan terbabit.

“Kalau waktu pagi atau tengah hari selepas waktu persekolahan, kita dapat lihat Bas Smart Selangor dipenuhi pelajar,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This