Pelaksanaan had umur 16 tahun guna media sosial dijangka dikuat kuasa seawal Julai

Dari Penulis

PELAKSANAAN had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial dijangka dikuatkuasakan seawal bulan Julai ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, perkara itu kini berada dalam fasa ‘regulatory sandbox’ bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah terbaik sebelum pelaksanaan penuh.

“Di bawah OnSA, kami telah memulakan perbincangan dengan penyedia platform. Sekarang ini, kita berada dalam fasa regulatory sandbox untuk mencari cara paling baik, berkesan, dan selamat bagi melaksanakan pengesahan umur. Buat masa ini, ia masih berada di peringkat perbincangan dan perancangan bersama penyedia platform.

“Ini merupakan sasaran kita untuk tahun ini. Seperti diumumkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini, kita jangka pelaksanaan akan berlaku pada separuh kedua tahun ini, iaitu suku ketiga atau keempat,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Utama, hari ini.

Baca artikel lain: Isteri bekas PTD didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu

Kerajaan dilaporkan menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026, bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.

Ditanya mengenai isu buli siber terhadap pemain badminton negara, Toh Ee Wei, Nie Ching berkata beliau masih belum menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sama ada terdapat sebarang aduan berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai program hari ini, Nie Ching berkata, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun ini, yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta murid dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam di seluruh negara.

Di Johor, beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata seramai 586,153 murid menerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM87.9 juta.

“Untuk daerah Kulai sahaja, terdapat 58,264 murid dengan sumbangan yang telah disalurkan kepada daerah ini berjumlah RM8.7 juta. Hari ini, kami hadir ke SK Putra Utama untuk menyerahkan bantuan secara simbolik kepada ibu bapa terpilih,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This