Empat cedera motosikal dirempuh Myvi

Dari Penulis

Empat lelaki cedera selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, di George Town semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1921

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata kemalangan pada kira-kira 3 petang berdekatan pintu keluar Universiti Sains Malaysia(USM) arah ke Jalan Tun Dr Awang itu, membabitkan empat kereta dan tiga motosikal.

“Kemalangan berlaku di laluan yang sama ketika lampu isyarat berwarna merah dan penunggang serta pemandu kenderaan sedang berhenti menunggu lampu isyarat hijau. 

“Tiba-tiba kereta Perodua Myvi itu yang dipandu seorang wanita berusia 60 tahun datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiga kereta dan tiga motosikal yang berada di hadapan,” katanya semalam.

Kemalangan itu, katanya menyebabkan dua lelaki iaitu penunggang motosikal cedera di leher dan kaki kanan serta pemboncengnya cedera pendarahan di kepala.

Saravanan berkata dua lagi penunggang motosikal turut mengalami kecederaan iaitu patah kaki, manakala wanita yang memandu Perodua Myvi cedera di dada dan pemandu tiga kereta lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

— BERNAMA

Monday , 27 November 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelandangan warga asing ditahan rosakkan kereta polis guna bata

SEORANG lelaki warga asing dipercayai gelandangan ditahan selepas disyaki membaling seketul bata sehingga merosakkan sebuah kenderaan Polis Diraja Malaysia...

More Articles Like This