SALAH sebuah anak syarikat Kumpulan Shapadu iaitu Shapadu CR Asia Sdn. Bhd. telah menyertai Karnival Kerjaya, Myfuture Jobs@ Bandar Penawar, Johor yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Karnival yang bermula dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang itu mendapat kerjasama daripada Johor Petroleum Development Centre (JPDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Pengurus Besar Shapadu CR Asia Sdn. Bhd., Rano Ariff Musa berkata, antara aktiviti dijalankan pada karnival tersebut adalah mempromosikan nama Shapadu CR Asia Sdn. Bhd. sebagai syarikat minyak dan gas dalam kalangan orang ramai.
Pada masa sama, pihak beliau mengambil peluang untuk memperkenalkan syarikat kepada pihak kerajaan termasuk mereka yang berkepentingan.
Baca aritkel lain: Empat cedera motosikal dirempuh Myvi
Selain itu, jelasnya, syarikat turut mengadakan sesi temu duga terbuka bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas.
“(Karnival ini dijalankan bagi) menarik minat masyarakat tempatan untuk bekerja dengan syarikat Shapadu CR Asia, di mana terdapat berbagai kekosongan jawatan yang boleh diisi.

“Selain membuat pengambilan kakitangan yang berpengalaman dalam bidang kerja minyak dan gas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rano Ariff menambah, Karnival Kerjaya, Myfuture Jobs@ Bandar Penawar berjaya menarik kehadiran 500 orang pengunjung dengan 70 lagi menghadiri sesi temu duga di gerai Shapadu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

