Banyak kali hentikan sesi rakaman, hati rapuh terkenangkan arwah Siti Sarah – Aufahanie harap nyanyian semula Saat Hilang Cintamu diterima baik

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Aufahanie mendedahkan bukan mudah untuk dia menyanyikan semula single Saat Hilang Cintamu yang merupakan lagu asal Allahyarham Siti Sarah.

Jelas Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar,20, dia membesar dengan lagu ciptaan komposer Ajai itu yang juga individu yang bertangunggjawab memilih dirinya untuk membawakan semula lagu tersebut.

Malah, Aufa turut tidak dapat menyengka air matanya daripada mengalir saat berada dalam studio rakaman disebabkan terbayangkan wwajah arwah Siti Sarah.

“Banyak kali juga saya terpaksa berhenti dan berehat seketika dalam studio rakaman sewaktu nak mulakan sisi rakaman.

“Saya banyak kali menangis sebab ‘jiwa’ Siti Sarah itu seolah berada dalam badan saya. Secara keseluruhan, lima jam masa diambil untuk selesaikan sesi rakaman.

“Saya bersyukur sebab saya dapat bantuan dan tunjuk ajar daripada Ajai dari awal sehingga habis rakaman. alsaupun agak berat untuk saya nyanyikan semula lagu ituu tetapi Ajai banyak bagi semangat untuk saya selesaikan sehingga habis,” katanya kepada URTV.

Aufahanie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Saat Hilang Cintamu di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Aufa yang merupakan bekas peserta Big Stage 2023 berlapang dada sekiranya ada yang cuba membandingkan nyanyiannya dengan penyanyi asal.

“Saya berlapang dada dan terbuka dengan semua komen daripada peminat mengenai nyanyian saya. Semua orang tahu penghayatan arwah Siti Sarah setiap kali menyanyikan lagu sangat baik.

“Saya harap nyanyian saya tidak mengecewakan orang dan boleh diterima baik. Berpeluang dapat menyanyikan lagu arwah ni pun saya dah bersyukur dan ia merupakan penghormatan buat saya.

“Siti Sarah adalah idola saya. Saya akui setiap kali sebelum memulakan persembahan, saya akan jadikan arwah sebagai rujukan,” ujarnya.

Sekadar info, Saat Hilang Cintamu dilancarkan pada 2003 dan ia dimuatkan dalam album Siti Sarah berjudul Mimpi Pun Sama.

Lagu nyanyian versu Aufa sudah dilancarkan sejak 17 Oktober lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This