Nas-T terpilih sebagai Keluang Man, akui masih tak percaya dan gementar

Dari Penulis

AKHIRNYA teka-teki siapakah gerangan yang bakal membawa watak siri animasi popular, Keluang Man sudah terjawab apabila Nas-T diumumkan sebagai pelakon utama versi filemnya.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar yang telah dipilih berdasarkan video uji bakat yang dihantar kepada Astro Shaw beberapa bulan lalu mengakui, dia terasa kerdil jika dibandingkan dengan nama-nama besar lain yang juga telah melalui proses uji bakat.

“Saya masih gementar dan masih tak percaya dipilih sebagai pelakon utama. Memang saya akui prosesnya sangat sukar di mana uji bakat melalui empat fasa.

“Memang ramai pelakon hebat pun turut mencuba nasib. Saya memang tidak menyangka akan dipilih sebagai pelakon utama siri animasi yang ikonik ini. Saya rasa sangat kerdil,” ujarnya.

Nas-T berkata demikian ketika ditemui URTV di majlis sidang media filem Keluang Man yang turut memperkenalkan watak utama filem itu di sebuah pusat belah-belah di sini, semalam.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kesungguhannya serta keupayaan dia untuk menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak tersebut.

“Selepas menjalankan sesi uji bakat, Astro Shaw mencapai kata sepakat untuk memilih Nas-T kerana dia menepati kriteria karakter yang diminta dan caranya membawa watak dengan gayanya tersendiri.

“Sesi ujibakat ada tiga fasa dan Nas-T berjaya menyempurnakan ketiga-tiga fasa itu dengan sikap disiplin dan kesungguhan. Bagi kami sikap itu ialah ciri utama kami cari untuk watak Borhan (Keluang Man) ini,” katanya.

Selain Nas-T, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu Shamsir yang dilakonkan Remy Ishak, Ahmad (Datuk Rosyam Nor) dan Inspektor Sahab (Anwar Beg Mughal).

Filem adaptasi dari animasi terkenal itu diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo yang turut mengarah siri popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM iaitu Anwari Ashraf yang juga bertindak sebagai penulis skrip.

Filem tersebut kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun depan.

Keluang Man adalah siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This