SAMBUTAN ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang bertemakan ‘Barbie’ itu telah menarik perhatian netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, terlihat suasana sekitar majlis ulang tahun Aisyah di mana dia mengenakan baju berona merah jambu.
Dalam pada itu, majlis tersebut turut dimeriahkan
dengan sembilan biji kek sebagai simbolik usianya yang kini telah menginjak ke sembilan tahun.
Sementara itu, di ruangan kapsyen, Rozita Che Wan atau lebih dikenali mesra disapa Che Ta itu, berkata anak perempuan tunggalnya tu sudah menyenangkan kerjanya kerana telah memberikan tema ini sejak tahun lepas lagi.
“Setahun sebelum birthday , dia dah bagi temaaaaaa .. senang kami tak payah fikir,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sambutan hari lahir Aisyah merupakan impian ramai kanak-kanak perempuan.
Malah, ada yang turut menyifatkan kehidupan mewah Aisyah juga menjadi salah satu impian mereka sewaktu kecil.

