Kontroversi hutang Mara, Che Ta hilang banyak tawaran

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Rozita Che Wan, akui ada beberapa jenama yang sudah bersetuju untuk bekerjasama dengannya tiba-tiba berpaling arah susulan kontroversi membabitkan hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Namun, Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta,51, tetap bersyukur masih ada jenama lain yang sudi berkolaborasi biarpun isu tersebut mendapat perhatian ramai.

“Saya rasa bersyukur dan bertuah antara ramai-ramai selebriti, saya dipilih menjadi duta tudung eksklusif Ariani Luxe.

“Saya berharap kerjasama ini dapat membawa impak rezeki yang lebih luas  di saat banyak jenama menarik diri kerana isu panas mengaitkan diri saya sebelum ini.

“Terima kasih kepada pemilik jenama Ariani,  Datin Seri Farah Haryani kerana memberi peluang kepada saya di saat sedang berdepan kemelut ini,” katanya kepada URTV.

Pelakon Kiah Pekasam itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, di KLCC, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, pula berkata, hubungan baik yang terjalin dengan Che Ta sejak 2007 itu menjadikan dia memilih selebriti terbabit sebagai duta Luxe Ariani.

“Saya mengenali Che Tan dari zaman Jakel lagi, pemilihannya bukan dibuat atas dasar kasihan atau ingin membantunya.

“Tetapi sebagai duta, Che Ta memiliki pakej lengkap iaitu seorang yang sangat komited, berdedikasi, disiplin, tidak berkira dan suka membantu.

“Kualiti itu yang membuatkan kami tertarik melantiknya sebagai duta,” ujarnya.

Terdahulu, Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Bagaimanapun aktres itu dipercayai sudah membuat pembayaran sebanyak RM 550,000.

Selain Che Ta, Ariani masih mengekalkan barisan selebriti antaranya Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad sebagai duta kempen raya mereka pada tahun ini. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This