
KERTAS Putih Dasar Gaji Progresif (DGP) yang dibentangkan semalam mencadangkan pemberian subsidi yang diikat dengan komitmen meningkatkan produktiviti pekerja kepada kumpulan majikan yang terpilih, umumnya perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS). Penyertaan dalam projek rintis ini adalah secara sukarela.
Intervensi kerajaan yang memerlukan peruntukan fiskal (anggaran tahun pertama sebanyak RM2 ke RM5 bilion) ini dicadangkan bagi menangani kadar gaji yang rendah yang dibayar kepada pekerja.
Di samping meningkatkan gaji,secara makro ia juga dijangka meningkatkan kadar pampasan pekerja (CE) daripada 32% kepada 40% KDNK menjelang 2025. Pelan Ekonomi Madani mensasarkan CE 45% menjelang 2030.
Kadar CE tertinggi (37.4%) dicapai pada tahun 2020, kemudian jatuh berikutan krisis pandemik COVID-19. Kini kadar CE ialah 32%, sekitar kadar CE pada tahun 2011. Kita ada sekitar 2 tahun untuk menaikkannya sebanyak 8%, satu cabaran yang besar.
Baca artikel lain: Hati-hati menterjemah kadar inflasi
Adakah peningkatan produktiviti yang merupakan elemen penting pemberian subsidi upah dalam DGP akan meningkatkan gaji pekerja?

Berikut adalah petikan dari box article Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 (muka surat 36):
…..if a Malaysian worker produces output worth USD1,000, the worker will be paid USD340 for it. The corresponding wage received by a worker in benchmark economies for producing the same output worth USD1,000 is, however, higher at USD510.8……
Intipatinya.
Berbanding dengan beberapa negara yang setanding (penanda aras), pada tahap produktiviti yang sama, pekerja Malaysia memperolehi ganjaran yang lebih rendah.
Sebagai contoh, dengan produktiviti yang sama untuk menghasilkan pengeluaran bernilai USD1,000, pekerja di Malaysia di bayar USD340, sementara di negara setanding, pekerja dibayar USD510.80. Ganjaran yang rendah untuk produktiviti yang sama ini berlaku dalam hampir semua sektor utama pekerjaan (lihat rajah di bawah).
Rumusnya, pasaran buruh di Malaysia TIDAK memberi ganjaran yang sewajarnya kepada peningkatan produktiviti. Gaji tidak setimpal dengan produktiviti pekerja.
Peningkatan produktiviti adalah penting bagi memajukan negara. Namun sekiranya majikan tidak meletakkan nilai yang sewajarnya ke atas produktiviti, usaha peningkatan produktiviti berkemungkinan tidak memberi hasil yang diharapkan. Malah dalam jangka panjang, peningkatan produktiviti tidak lagi menjadi keutamaan dalam pembangunan kerjaya.
Apakah punca gaji dan upah rendah di Malaysia? Mengapa majikan di Malaysia tidak mengganjari produktiviti pekerja sewajarnya? Menangani punca adalah penting bagi menangani masalah dengan berkesan. Address the roots not the symptoms. Sama-sama kita fikirkan.
MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

