Jangan sabotaj usaha kerajaan naik gaji dengan naikkan harga barang – Armizan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan peniaga untuk tidak mensabotaj usaha kerajaan memperbaiki gaji penjawat awam dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif berkenaan dibuat bagi mengurangkan beban sara hidup rakyat, bukannya untuk peniaga menaikkan harga.

“Itu sebabnya kenaikan besar itu berlaku di peringkat bawahan. Jadi kita tak mahu ada pihak sabotaj usaha kerajaan dengan naikkan harga barang dan perkhidmatan yang tak sepatutnya pun berlaku.

“Kita tidak mahu peniaga ambil kesempatan melakukan pencatutan kerana kenaikan gaji penjawat awam tiada kaitan langsung kepada kos operasi dan kos perniagaan mereka,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Nahas udara Elmina berpunca akibat peluasan ‘lift dump spoiler’ – Laporan Akhir

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas serbuan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) oleh KPDN Negeri Sembilan di sebuah premis di Lukut, hari ini.

Menurut Armizan, KPDN tidak menolak perkara itu berlaku dan telah pun membuat persiapan awal sebaik saja pengumuman kenaikan gaji berkenaan.

Tambahnya, meskipun kenaikan itu hanya berlaku pada 1 Disember, namun dibimbangi ada pihak-pihak tertentu yang melakukan aktiviti pencatutan lebih awal supaya ia tidak begitu ketara.

“Jadi penguatkuasaan itu perlu dibuat pada kadar segera dan kita anggap sekiranya berlaku sebarang aktiviti pencatutan dan di peringkat harga sekali pun, kita akan bertindak tegas.

“Kita akan dapatkan apa alasan dan justifikasi pihak terlibat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This