16 Jenis Pasta Popular Itali

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis


Pasta yang popular dan paling digemari di negara kita ialah spageti karbonara, bolognese dan aglio olio. Kebanyakan hidangan pasta di tempat kita menggunakan pasta kering dan jarang sekali orang kita pandai membuat pasta segar. Selain spageti, orang kita juga sudah biasa dengan hidangan makaroni, linguine dan pelbagai jenis pasta lain.

Di Itali, terdapat pelbagai jenis hidangan pasta yang menyelerakan. Meskipun hidangan pastanya agak mudah dan ringkas, tetapi ia nampak menyelerakan. Selain penggunaan pes tomato, orang di Itali pandai mempelbagaikan resipi pasta mereka.
Cara penyediaan pasta yang biasanya menggunakan minyak zaitun, keju, bawang, tomato bukan lagi satu hidangan popular, ini kerana mereka boleh variasikan resipi hidangan pasta dengan pelbagai bahan-bahan lain yang lebih kreatif dan cukup enak.

Di bawah adalah antara beberapa jenis pasta yang popular dan sering dimakan di Itali. Hidangan pasta ini juga boleh didapati di restoran Itali dan hotel-hotel di negara kita.

Con Le Sarde
Hidangan pasta ini popular di bandar Sicily, Itali yang terletak di pinggir laut. Pasta ini dihidangkan menggunakan ikan sardin segar, biji pain, mentega dan juga minyak zaitun.

Malloreddus Alla Campidanese
Pasta ini menggunakan doh tepung yang direbus dalam air panas dan hampir sama dengan gnocchi. Sos yang digunakan sudah pasti dari buah tomato segar dan ditambah dengan safron bagi menghasilkan aroma yang lebih menarik. Hidangan ini popular di pulau Sardinia, Itali.

Orecchiette
Ia popular di Puglia dan hidangan ringkas ini hanya menggunakan brokoli dan ramuan tambahan lain.

Gnocchi Alla Sorrentina
Gnocchi dari Sorrento menggunakan adunan doh kenyal dan kemudian dibakar menggunakan sos tomato, keju mozarela dan daun basil.

Spageti Alla Puttanesca
“Spageti sampah’’, itulah jolokan yang dibagi untuk hidangan ini kerana ia menggunakan terlalu banyak ramuan. Hidangan berasal dari Campania ini menggunakan minyak zaitun, kapers, tomato, minyak zaitun dan juga bilis jeruk.

Tacconelle
Pasta dari Abruzzo di kawasan tengah Itali ini diperbuat daripada tomato segar, basil, bawang putih, minyak zaitun dan keju pecorino.

Penne All’Arrabbiata
Pasta jenis penne ini berasal dari Lazio diperbuat daripada sos pedas dengan tomato, bawang putih, cili benggala dan minyak zaitun.

Testaroli
Ia dinamakan lempeng dan berasal dari Liguria dan dihidangkan bersama pesto.

Corzetti
Pasta ini dibentuk menggunakan kayu yang diketuk pada doh bagi mendapatkan bentuk yang menarik.

Cappellacci
Cappelacci diisi dengan ricotta, bayam dan labu.

Anolini
Ia popular di Parma dan pasta berkuah ini diisi dengan daging serta campuran sayuran.

Casunziei
Pasta yang berasal dari Veneto ini berbentuk bulan sabit dan diisi dengan ubi bit dan ditaburkan dengan biji popi.

Tajarin Al Burro E Salvia
Hidangan ringkas ini diperbuat daripada mentega, dan herba sage berasal dari Piedmont.

Pici All’Aglione
Ia juga dinamakan mi kerana ia lebih tebal berbanding spageti. Berasal dari bandar Tuscany hanya dimasak dengan sos tomato dan bawang putih.

Pizzoccheri
Pasta pendek ini dimasak dengan bahan tambahan sayuran hijau dan potongan kentang rebus.

Karbonara
Hidangan dari Rom menggunakan kuning telur, tiga jenis keju dan krim serta kepingan daging lembu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This