Kanak-kanak enam tahun meninggal dunia disyaki didera penjaga

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di Cheras Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata mangsa yang merupakan warga tempatan itu telah dihantar ke Hospital Tunku Azizah di sini dalam keadaaan tidak sedarkan diri kira-kira 3.40 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian oleh penjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata siasatan awal mendapati kira-kira 11.30 pagi pada hari kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik ketika bapa mangsa keluar untuk membeli makanan.

“Pada 2.30 petang, bapa mangsa telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas balik ke rumah.

“Polis juga sudah merakam keterangan bapa mangsa dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras menerusi talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This