Kereta rentung terbakar, Roy Azman & keluarga selamat

Dari Penulis

PELAKON Roy Azman bersama isteri dan anak bongsunya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbakar ketika melalui sebuah lebuh raya.

Insiden mencemaskan itu dimaklumkan Roy menerusi hantaran di Instagram dan beberapa keping foto serta video keadaan keretanya yang sedang terbakar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku malam tadi yang mengakibatkan keretanya musnah 100 peratus.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak memaklumkan waktu kejadian dan lokasi.

“Salam semua, alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta, syukur.

“Terima kasih Datuk Eg, Datin Heykal, Faezah, Yusof dan akmal datang teman buat laporan,” tulisnya di hantaran itu.

Turut kelihatan di tempat kejadian ialah anggota bomba yang melakukan kerja-kerja pemadaman.

URTV masih berusaha menghubungi Roy bagi mendapatkan kenyataan lanjut mengenai kejadian tersebut.

@thisisroyazman

Salam smua. Alhamdulillah. Sy wife & ank bongsu sempat lari kluar kete. Syukurrrr

♬ bunyi asal – Roy Azman – Roy Azman

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lancar hab baharu di Cyberjaya, TV AlHijrah janji kualiti siaran lebih mantap

STESEN televisyen Islamik utama negara, TV AlHijrah, melakar satu lagi penanda aras penting dalam landskap penyiaran tempatan apabila merasmikan...

More Articles Like This