Nafi ‘playboy’, Meerqeen tahu batas pergaulan

Dari Penulis

PELAKON meningkat naik, Meerqeen menafikan gelaran ‘playboy’ yang dilemparkan kepadanya gara-gara sering terpalit dengan gandingan dalam karya lakonannya.

Memetik laporan Harian Metro, Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu hanya mahu memberikan fokus dalam kariernya tanpa perlu membabitkan isu peribadi.

“Saya tahu batas dalam pergaulan dan perlu menghormati persahabatan saya dengan rakan artis lain. Tidak mungkin setiap kali digandingkan dalam sesi fotografi atau memenuhi undangan sesuatu majlis terus kami dicop mempunyai hubungan istimewa.

“Namun saya maklum, sebagai pelakon kita tidak dapat lari daripada mulut orang. Apa yang penting adalah saya bersikap profesional dan melaksanakan apa yang sudah tertulis dalam kontrak.

“Jadi peranan saya sebagai pelakon, saya tidak kisah kerana saya tahu saya bukan begitu. Apa pun, saya akui bukan murah untuk menutup mulut daripada berkata-kata. Mereka ada persepsi mereka sendiri dalam apa jua situasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Melur Untuk Firdaus’ itu akui lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri sejak gosip berkenaan hangat diperkatakan.

“Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Kenapa saya perlu menjawab untuk puaskan hati semua orang.

“Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat. Semakin lama kita dalam industri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan,” katanya.

Jolokan ‘playboy’ diberikan kepadanya sejak kerap dihimpit gosip dengan wanita. Selepas gosip bersama Anna Jobling, muncul pula gosip bercinta dengan Ameera Khan dan kemudian dakwaan bercium dengan Mimi Lana.

Malah, Meerqeen turut dikatakan cuba mendekati pelakon dari Indonesia, Caitlin Halderman selepas tular dalam aplikasi TikTok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi keselesaan peminat, konsert Homecoming Ella berpindah ke Setia Spice Arena pada 22 Ogos depan

BERITA baik buat pencinta muzik rock tanah air dan peminat tegar Ratu Rock Negara! Konsert berskala besar yang paling...

More Articles Like This