“Kedutan makin jelas, leher mula nampak macam ayam belanda”- Zainal Abidin tak malu mengaku guna ‘botox’

Dari Penulis

PENYANYI senior, Datuk Zainal Abidin akui mengenai rawatan ‘botox’ bagi memastikan keadaan kulit sentiasa nampak sihat dan tegang.

Memetik TikTok Wanita, Zainal,berkata penampilan merupakan aspek dan aset yang penting sebagai seorang penghibur.

“Sebagai seorang penghibur, beginilah kehidupan saya, di mana, saya berdepan dengan orang ramai dan selalunya, ‘close up’. Ditambah pula dengan kualiti kamera sekarang yang berkualiti tinggi, jadi, memang nampak segala kedutan.

“Jadi, bagi memastikan penampilan saya sihat, ia harus diperbaiki dan dirawat dengan sebaiknya. Tapi, sebenarnya, saya tak malu untuk katakan saya buat ‘botox’. Tapi, bukan ‘filler’.

“Ini adalah demi mendapatkan kulit yang sekata, segar dan sihat. Selagi saya sihat, selagi itu saya masih boleh beraksi di atas pentas,” ujarnya.

Disoal mengenai sama ada dia terbuka untuk melakukan prosedur tarik benang untuk menegangkan bahagian leher, pelantun lagu ‘Hijau’ itu berkata, dia akan melakukannya sekiranya perlu.

“Kesihatan tak boleh dibeli, tapi kita kena berusaha mendapatkannya.

“Botox ini, masih lagi baru-baru ini (digunakan). Apabila saya pergi berjumpa dengan pihak Idealyst, mereka maklumkan mengenai keadaan kulit saya yang berkedut terutamanya, bila saya senyum.

“Bahagian leher saya pula, dah mula nampak macam ayam belanda. Jadi, ia tak elok sekiranya ada gambar atau visual ‘close up’.

“Jadi, bagi menghindari masalah itu, saya kena rawat. Tapi, saya belum buat prosedur tarik benang. Mungkin di masa akan datang, saya akan buat sekiranya perlu,” katanya.

Penyanyi berusia 64 tahun itu turut menyarankan mereka yang ingin melakukan rawatan wajah agar merujuk kepada klinik atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk keselamatan.

“Ia adalah untuk karier saya sebab saya nak bertahan lebih lama. Mereka yang muda, masih muda dan cantik. Jadi, saya nak penampilan saya nampak sihat.

“Bukanlah jenis yang bengkak sana sini. Jadi, janganlah dibuat keterlaluan. Pergi kepada doktor yang bertauliah dan bukan pusat kecantikan yang tidak bertauliah kerana tak selamat,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This