SELEPAS berteka-teki, akhirnya penyanyi Fyna Jebat mengesahkan sudah bernikah dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin,61.
Fyna yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai majlis pernikahannya.
“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga.
“Apa yang saya boleh beritahu, suami beri sokongan untuk saya memasuki Famili Duo,”katanya memetik laporan Harian Metro.
Sementara itu, Ayda pula berkata, dia berasa lega dengan pendedahan adiknya itu kepada pihak media.
“Rasanya, tidak ada apa yang perlu diluahkan lagi. Saya bangga apabila adik saya dapat dedahkan pada semua orang.
“Buat masa ini fokus kami pada Family Duo,” ujarnya.
Sebelum itu, pihak media melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an selamat berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.
Wanita dikahwini itu bukanlah calang-calang kerana dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.
Mengikut rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.
Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
Sumber: Harian Metro

