TANGKAP layar dua isteri yang dimadukan bergaduh dalam filem 'Madu Tiga' arahan/lakonan P. Ramlee.

KETIKA menonton filem ‘Madu Tiga’ hasil karya P. Ramlee, ramai yang tersenyum apabila melihat adegan dua isteri yang dimadukan dalam filem tersebut bergaduh dalam sebuah kedai emas.

Bagaimanapun, kini ia menjadi realiti apabila dua madu iaitu isteri kepada bekas jurulatih Liga Super dan juga bekas pemain kebangsaan mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan bergaduh di sebuah restoran semalam.

Kedua-dua mereka difahamkan bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, ketika dihubungi FreeMalaysiaToday mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pergaduhan berlaku di sebuah restoran di Shah Alam.

BERITA BERKAITAN Fyna Jebat mengaku sudah bernikah dengan Zainal Abidin

“Pihak polis ada terima laporan polis daripada kedua-dua belah pihak isteri jurulatih bola sepak tersebut awal pagi tadi,” katanya.

Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Media sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Wanita yang dikahwini oleh jurulatih berkenaan merupakan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram