Konflik keluarga penyebab rumah tangga Aishwarya Rai musnah?

Dari Penulis

BINTANG Bollywood Amitabh Bachchan menghadiahkan anak sulungnya, Shweta rumah agam berharga jutaan ringgit telah mencetuskan khabar angin lain.

Sebelum ini muncul gosip mengatakan penulis yang juga pensohor media itu mahu kembali tinggal bersama ibu bapanya di kediaman keluarganya.

Susulan itu, Aishwarya Rai yang sememangnya tinggal sebumbung bersama mentuanya sejurus bergelar isteri kepada Abhishek Bachchan harus berpindah.

Pasangan suami isteri serta puteri mereka, Aaradhya Bachchan, 13, difahamkan perlu mencari kediaman lain disebabkan kononnya hubungan aktres tersebut dengan kakak iparnya kurang baik.

Sumber memaklumkan, hubungan dingin dengan ibu mentua, Jaya Bachchan turut menggoyahkan ikatannya dengan suami apabila Abhishek dilihat kerap menunjukkan wajah kurang senang ketika bersamanya.

Terbaru, Amitabh dilaporkan telah tidak mengikuti akaun Aishwarya di Instagram.

Terdahulu, perkahwinan yang dibina pada tahun 2007 didakwa goyah selepas Abhishek Bachchan pernah membuatkan ratu cantik itu kebingungan ditinggalkan di karpet merah dalam sebuah acara besar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This