Lelaki tunjuk kemaluan dalam MRT ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas bertindak menunjuk kemaluannya ke arah seorang wanita ketika berada di dalam sebuah gerabak Transit Aliran Massa (MRT).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita berusia 22 tahun pada 5 Disember lalu pukul 9.32 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa suspek berada di dalam sebuah gerabak MRT dari Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun berjaya ditahan di Bandar Sungai Long, Kajang pada 11.40 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek juga mengaku dengan sengaja menunjukkan kemaluannya ke arah pengadu semasa berada di dalam gerabak tersebut.

“Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataaan atau menujukkan isyarat bagi mengaibkan kehormatan seseorang.

Ahmad Sukarno menasihatkan orang awam untuk sentiasa tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This