3 bekas menteri kembali, seorang menteri gugur, 10 muka baharu diperkenal dalam rombakan Kabinet

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TIGA nama yang pernah menggalas jawatan sebagai menteri pada pentadbiran lalu kembali ke dalam Kabinet hari ini susulan daripada pengumuman rombakan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Nama-nama tersebut adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Gobind Singh Deo.

Mereka masing-masing diberi amanah untuk menerajui Kementerian Komoditi dan Perladangan; Kementerian Kesihatan dan Kementerian Digital.

Tiga individu tersebut merupakan di antara 10 muka baharu yang diketengahkan untuk bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya akan datang.

Antara muka baharu lain adalah Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, M Kulasegaran, Datuk Ramanan Ramakrishnan, Wong Kah Woh dan Datuk Zulkifli Hasan.

Pada pengumuman hari ini juga, Perdana Menteri menamakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II.

Baca artikel lain: Istiadat angkat sumpah Menteri Persekutuan petang ini

Turut diumumkan adalah pembentukan empat kementerian baharu iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam; Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam; Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Sementara itu, V Sivakumar digugurkan daripada menerajui Kementerian Sumber Manusia dan tempatnya diganti dengan Steven Sim yang sebelum ini ialah Timbalan Menteri Kewangan.

Turut digugurkan adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan...

More Articles Like This