Alyah mohon henti jatuhkan mana-mana individu, ada had kesabaran- “Jangan anggap saya wanita lindungan Kaabah”

Dari Penulis

PENYANYI, Datin Alyah memohon orang ramai terutamanya peminatnya untuk berhenti saling menjatuhkan antara dia dan rakan-rakan artis yang lain di media sosial.

Menerusi siaran langsung di laman TikTok, Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan, berkata dia percaya setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Malah, Alyah turut tidak gemar dengan penindasan kepada individu lain.

“Bila saya tengok orang bertelagah saya rasa macam.. Allah, tolonglah jangan gaduh dekat media sosial. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Saya tak lebih apa pun, banyak kurang saya.

“Saya bukan trauma dengan pertuduhan, tapi saya tak suka orang yang menindas. Bila bergaduh Allah tak bagi apa-apa pun, jadi negatif, rezeki sempit jadi buat apa nak bergaduh?,” katanya.

Pelantun lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ itu turut berkongsi rasa sebak dan terharunya apabila orang ramai termasuk peminatnya tampil memberikan sokongan susulan isu komen juri di final All Stars Gegar Vaganza yang meninggalkan terkesan kepadanya.

“Bila orang hargai saya rasa seronok dan happy. Menggembirakan orang tu pahalanya besar. Saya sedih, saya ingat korang dah lupakan saya.

“Banyak cerita tentang saya seminggu ini. Saya repost (Instagram) bukan saya nak melagakan atau menyokong tapi saya sebab saya hargai anda semua yang membela saya. Itu yang saya rasa terharu,” jelasnya.

Dalam pada itu, isu pertelingkahan di media sosial ini juga membuatkan penyanyi itu terkenang kembali kisah adik beradiknya yang pernah berselisih faham.

“Saya tak pernah sangkal segala percaturan Allah, semestinya yang terbaik. Arwah bapa saya sangat marah kalau anak-anak bergaduh. Kakak saya pernah kena halau dari rumah sebab bergaduh. Abang pun pernah lari rumah sebab bergaduh dengan kakak,” katanya.

Penyanyi berusia 42 tahun ini, bagaimanapun mengakui dirinya bukanlah manusia yang sempurna malah mempunyai had tahap kesabarannya sendiri.

“Tak ada manusia yang sepanjang hidup dia baik tapi kita cuba jadi baik. Saya pun kadang-kadang ada angin moody juga. Jadi jangan anggap saya wanita lindungan Kaabah ya sebab saya pun ada angin juga. Ada hari aku gila, ada hari aku sedih, ada hari aku normal,” katanya.

Terdahulu, pada malam final ASGV Siti Nordiana telah membawa lagu Kisah Hati dan rata-rata netizen kurang senang dengan komen Hetty Koes Endang yang mengatakan nyanyian Siti Nordiana lebih bagus berbanding Alyah. Komen itu disifatkan seperti menjatuhkan penyanyi asal oleh netizen.

Dalam masa yang sama, kelab peminat kedua-dua penyanyi itu turut dilihat saling berbalah dan membandingkan kedua-dua penyanyi itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This