KPM siasat kejadian guru bertindak kasar terhadap murid

Dari Penulis

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian seorang guru didakwa mengasari seorang murid sewaktu penganjuran majlis rasmi di sekolah. 

KPM dalam kenyataan memaklumkan golongan pendidik dinasihati supaya sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi martabat serta profesionalisme perguruan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.

“KPM komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di KUALA TERENGGANU, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Azman Othman @ Abdullah meminta semua pihak supaya bertenang dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

“Saya tak dapat komen lebih lanjut kerana perkara ini masih dalam siasatan. Harap semua bertenang dan tidak membuat andaian sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tular menerusi laman sosial, satu video berdurasi 41 saat memaparkan seorang guru bertindak kasar terhadap seorang murid dengan video itu dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada guru sekolah berkenaan yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit.

— BERNAMA

Thursday , 14 December 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This