PEMANDU Nissan Almera yang hilang kawalan dipercayai menjadi punca nahas kemalangan maut membabitkan 10 buah kenderaan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Utara-Selatan, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, dalam kejadian pukul 10.50 malam itu, pemandu Almera berusia 24 tahun itu telah terbabas sebelum menyebabkan beberapa buah kereta melanggarnya.
Beliau berkata, sebuah lori cuba mengelak namun dilanggar dari belakang oleh sebuah lori lain.
“Akibat kejadian, pemandu lori jenis Volvo telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
“Sementara, semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik bagi bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang Ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Najib Mohd Azaman di talian 012-3526147.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram