Stoking ditemukan bukan milik Zayn Rayyan – Polis

Dari Penulis

SEHELAI stoking yang ditemukan dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin disahkan bukan milik kanak-kanak tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti dilaporkan Sinar Harian Online, hari ini.

Hussein memaklumkan, hasil analisis dijalankan di makmal mendapati stoking tersebut bukan milik Zayn Rayyan dengan keputusannya adalah negatif.

Setakat ini, beliau berkata, tiada perkembangan baharu berhubung siasatan mengenai kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Bagaimanapun, Hussein memberitahu, polis masih meneruskan usaha pencarian sebarang bukti baharu di tempat kejadian.

“Kita juga sudah merakam keterangan seramai 172 orang termasuk ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk di apartment terbabit,” katanya.

Baca artikel lain: Kes Zayn Rayyan: Polis temukan sehelai stoking dalam takungan air

Rabu lalu, Hussein memberitahu pihaknya menemukan sehelai stoking dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemukan.

Polis turut mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat mangsa bagi melihat sama ada wujud bukti baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain memaklumkan Zayn Rayyan Abdul Matiin berkemungkinan meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di tempat kejadian.

Mangsa juga kemungkinan sudah 48 jam meninggal dunia dengan kesan kecederaan di leher.

Zayn Rayyan yang dilapor hilang pada 5 Disember lalu ditemui meninggal dunia pada 6 Disember.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This