Anwar, isteri ucap takziah pemergian Emir Kuwait

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan seluruh rakyat Kuwait atas pemergian Emir Kuwait, Sheikh Nawaf al-Ahmad Al-Sabah, Sabtu lalu.

Dalam ciapan di platform X, Anwar berkata, Allahyarham Sheikh Nawaf akan sentiasa dikenang atas sumbangan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Kuwait.

“Saya dan Azizah ingin menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah kepada Yang Teramat Mulia, mahkamah diraja dan rakyat Kuwait atas pemergian ayahanda tercinta, Yang Amat Mulia Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rohnya dengan ketenangan dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh,” katanya dalam ciapan tersebut.

Sheikh Nawaf meninggal dunia Sabtu lalu pada usia 86 tahun selepas tiga tahun memerintah sebagai Emir Kuwait.

Baca artikel lain: Harimau Malaya ‘menangis’, terkulai 1-4 di tangan Kuwait

Pada 7 Februari 2006, Sheikh Nawaf ditabalkan sebagai putera mahkota.

Sheikh Nawaf dinamakan sebagai Emir Kuwait pada September 2020 menggantikan kekanda tirinya, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah yang meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Sheikh Nawaf memimpin negara melalui krisis ekonomi yang disebabkan kejatuhan harga minyak pada tahun 2020.

Sheikh Nawaf dilahirkan pada 25 Jun 1937 dan pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dari tahun 1978 hingga 1988 dan kemudian dilantik sebagai menteri pertahanan.

Putera Mahkota Kuwait, Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah diisytiharkan sebagai Emir baharu Kuwait susulan kemangkatan Sheikh Nawaf.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This