Hal keterjaminan makanan tanggungjawab semua pihak – Mohamad Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TANGGUNGJAWAB bagi menghasilkan sumber makanan yang mencukupi untuk kegunaan rakyat perlu dipikul secara bersama oleh semua pihak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagi pihak kerajaan, usaha akan terus dipergiatkan sehinggalah sasaran Tahap Sara Diri (SSL) tercapai.

“Hal keterjaminan makanan amat penting dan dibincangkan di seluruh negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh kita semua bagi mencukupkan makanan dalam negara.

“Insya-Allah dengan usaha kuat, tanaman yang boleh ditanam di Malaysia akan kita usahakan dengan sebaik mungkin bagi mencapai SSL,” katanya dalam status di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Mohamad berbangga dengan pihak yang mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kebun Komuniti dalam misi mencukupkan bekalan makanan dalam negara.

Katanya, sebagai contoh di Kebun Komuniti AU2, Taman Keramat, Selangor yang dilihat sebagai satu pencapaian membanggakan dan kerja keras ini wajar diteruskan.

Baca artikel lain: KBS selesai buat pascanilai isu kerosakan padang SNBJ

“Tahniah saya ucapkan kepada 31 orang ahli kelab yang telah menjayakan Kebun Komuniti ini sejak dari September 2015 lagi.

“Saya amat berbangga dan gembira apabila melihat kebun-kebun komuniti seperti ini yang dibangunkan di bandar dan pinggir bandar.

“Tahniah juga kepada anak-anak sekolah yang terlibat membantu menjaga Kebun Komuniti ini. Minat dan kerja keras perlu ditanam sejak dari usia kecil lagi,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This